Camaraderie de Cycling 2013
“Kayuhan Sahabat ILJTM”
Kira-kira 60 penunggang basikal yang datang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta zon utara serta komuniti setempat telah mengambil bahagian dalam Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra Camaraderie de Cycling (CdC) 2013 pada 27 April 2013 lalu, ini merupakan acara julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal ILP Jitra dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan ILP Jitra menjadikan ia acara “Fun Ride” pertama di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Wilayah Utara. Bilangan peserta dalam CdC ini pada awalnya hanya menyasarkan kira-kira 40 orang peserta sahaja telah meningkat kepada 60 orang menjadikan ia sesuatu yang amat membanggakan kerana berjaya menghimpun penunggang basikal bukit dari hampir kesemua IL JTM dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wilayah Utara.


