Followers

Kubang Pasu CP3 MTB Jamboree


Tarikh    : 19 Mei 2012  7:30 pagi
Tempat  : Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Yuran    : RM20  
                Nota: Ini adalah kayuhan funride dan bukan race.

Anjuran : Ahli Parlimen Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Belia Kubang Pasu.




Event kali ni antara paling ramai dan hampir seluruh geng gerek ILPj turun trek... myb tempat sendiri la kot. 



Antara trek yang dilalui

Rumusan yg dpt diberi
tahniah pada semua geng kerana menghabis kesemua laluan yang dipertaruhkan... paling membanggakan ..  Pak ku n Deris antara 30 peserta terawal yg menghabiskan kayuhan ini dimana pak ku ke15 dan deris ke22.. Gue jatuh tersungkur kat area DH trek gambar atas ni ( area2 tu gak lerr ) .. 


Jenamanjung Fellowship Ride 2012



Tarikh : 29 April 2012
Tempat : Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah TNB Jenamanjung





Tahniah kepada pak ku kerana berada dlm ranking belas-belasan dari 500 peserta.

Pak ku Gerek Ilpjitra bersama Team dari Penang


Kayuh Lasak KEM Bendang Man Sik

Tarikh : 3/5 - 5/5 2012
Tempat : Bendang Man Sik Kedah
Kategori : Cross Country
Rider : Blogger, pirdaus. deris n Abg Lie

Trip Kayuhan kali ini adalah berkonsepkan " sambil menyelam,sambil minum air" ..  kebetulan kebanyakkan ahli gerek ilpj dilantik menjadi Urusetia Kem Kepimpinan MPP & PRS ILP Jitra di Bendang Man Resort, so kami mengambil kesempatan habis-habisan mengayuh bila time free.. yakni slot aktiviti yang diberi selesai, kami berempat meredah bukit-bukit di sekitar KEDA Bendang Man ni.

Day 1


Try bukit depan resort bendang Man .. mcm CP3 Jamboree Kubang Pasu



Day 2




Trek hari ni, kami berkayuh bersama tapi tak serupa dengan peserta dan urusetia Kem dalam aktiviti Jungle Treking yang diketuai oleh Ranger Bendang Man Resort.  Dimana Kami team Gerek ILPJ blogger ,deris n abg lie bertindak sbg Urusetia Keselamatan dan Bantuan Kecemasan dan pirdaus sbg jurugambar aktiviti. Kira mcm Masyal la.. hehehe

1. Bermula halangan pertama downhill 
2. opss mtb abg lie tertinggal belakang ( jatuh ) .
3.  pintu masuk ke hutan lata lembu disambut oleh halangan kayu balak. 

1. bermula adegan mengangkat basikal
2. halangan kawat duri
3. menyeberangi jambatan zaman jepun ( buluh je beb ) parit ni dalamnya kira-kira 2.5 meter


1. laluan menolak basikal
2. merangkak bersama basikal
3. hiking 
fuhhh mcm marathon .. semua ada tinggal berenang je tak da.

1. baru boleh kayuh
2. keluar di lata mengkuang

Agak-agak kalau buat jamboree trek mcm ni.. ada ke penyertaan

Day 3
Blogger bersama Urusetia Kem  di kawasan flyingfox

1

2