Followers

Karnival Gerek-Ton Kastam 2012

           Karnival ni yang pertama kali dianjurkan oleh Kastam Diraja Kedah bersama  Majlis Sukan Kebudayaan Kastam Kedah, manakala Sacred Horizon Sdn Bhd bertindak selaku penasihat dan  perunding acara.

read more
           Karnival ini dirasmikan oleh YTM Tunku Panglima Besar Kedah, Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri  Intan Safinaz binti Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
           Geng Gerek ILPjitra telah diwakili oleh Ir Halim dan Abg Lie yg memasuki dalam acara Funride 30km. turut serta dari rakan se-jabatan iaitu dari ILP Kepala Batas Penang.

Gandingan rakan sebumbung,atap ja lain-lain   ILP Jitra dan ILP Kepala Batas

Jerai Fun Ride 2


Jam ditangan menunjukkan 6.45am... kelihatan Myv putih dgn gerek terpacak kat bumbung sedang memasuki kawasan kuarters.. hehe Deris la tu nak ambil gerek abg lie pulak, gerek aku semalam dah sangkut kat belakang kereta.. Cabaran kami hari ni, daki gunung jerai buat kali ke-2 bagi mengejar masa terpantas yg boleh dicatatkan.. masa pada kali pertama naik iaitu 3 jam.. masa diambil pada rider paling akhir tiba di Hotel Regency.

Uphill n Downhill at Bukit Kelubi Jitra

Tarikh : 21 sept 2012
Rider : Blogger , Deris , Pak ku , Pirdaus , Jitra Cycle Team ( dulu redflag ) n seorang dari TM Team.











Jitra Kangar ride

Jitra Kangar Ride

             kategori kali ni tukar selera sikit, dimana kearah ala-ala touring negeri ke negeri lain. lebih kurang jam 7pg saya n abg lie bertolak dari ILP jitra ke Shell kubang lembu tempat berjanji dgn abg sarid.. dalam jam 7.30 kami bertiga bertolak ke destinasi yang telah dirancang.

Gunung Jerai Fun Ride

Tarikh : 1.9.12
Masa : 8.45am
Tempat berkumpul : Kaki Gunung Jerai
Rider : all Gerek Ilp Jitra with Balik Pulau Rider


        Gunung Jerai , gunung tertinggi di kedah dan yang tertinggi antara negeri-negeri di utara semenanjung.. dengan ketinggian 1217m dari aras laut.. ia menjadi destinasi pelancongan yg terkenal disini.. pelancong yg datang dengan berbagai tujuan, antaranya yg paling popular sering kita dengar " menikmati suasana nyaman gunung " menyaksikan matahari terbit dan terbenam" dan macam-macam la..
         Gerek ILPjitra tidak melepaskan peluang untuk menikmatinya disamping tujuan lain untuk mengukur ketahanan, keteknikalan berbasikal mendaki gunung jerai melalui jalan raya yang berjarak 12km dari kaki ke puncak gunung ( hotel regency). untuk pengetahuan semua jalan ke puncak gunung ditutup untuk pengangkutan awam berikutan tanah runtuh di KM7.1, hanya pengangkutan hotel regency dan pekerja pembinaan saja dibenar. kira-kira di KM2 1 Pos pengawal berpalang di letak untuk mengawal kemasukan pengunjung. hanya pengunjung yg kebanyakan bersukan saja dibenarkan masuk dimana sebarang kecelakaan adalah dibawah tanggungan sendiri.. "jadi pemberita la pulak."

acara memasang basikal di kaki gunung

Dalam pendakian berbasikal ini, ia nya disertai oleh 8 org yakni  blogger , deris , pak ku , abg lie , pirdaus, zul n abg sarid dari team gerek ilpjitra dan farhan dari team balik pulau..
      team ni berpecah kepada 2 kelompok setelah sampai di KM2 dimana team laju sikit dihadapan deris, pak ku n farhan n team slow sikit dibelakang. sebab tu gambar team slow sikit ni banyak.. hahaha

gambar 1 - menikmati suasana di KM3
gamgar 2 & 3 - berada di batu aras 479m dari aras laut sebagai bukti dah sampai

                                                                                   
gambar 1 - blogger test suhu air
gambar 2 - berada di hadapan muzium G.jerai
gambar 3 - relaks serta mandi manda di Hutan Lipur Sg teroi.










 Team gerek di area Hotel Regency
Masa terpantas di julang oleh farhan dgn 1j15m diikuti dgn pak ku 1j30m , deris 1j50m dan selebihnya 3 jam ... hahaha

kelompok hebat sedang menikmati suasana serta minuman ( Teh tarik RM5) di hotel sementara menunggu 5 org lagi








setelah turun kami dihidangkan dgn hidangan special dari  Abg lie yg menyediakan makan tengahari.. tima kasih banyak2 kepada Abg Lie n Kak Nor kerna bersusah payah bangun awal pagi.

perut pun dah kenyang, tiba masa kena buat acara last .... bukak n masuk basikal dlm van... blogger gantung kat rack keta jaaa...





byk lagi gambar akan menyusul

Ingatan Gerek ILP Jitra sebelum melabuh rantai


Gerek ILP melabuh rantai , menyusun 10 speed tersisip rapi...

dengan ini mengucapkan



Ingatan pada para rider : pastikan basikal anda berada di dalam kawasan berkunci .. mode gear pada gear 1 pada FD & gear paling besar pada RD ... rantai di minyakkan ..

Jamboree MTB SP Saza 2012


peta laluan jamboree. gambar ehsan dari admin FB Jamboree SAZA

flagoff point



Flagoff point include checkpoint 1. memang adil pihak penganjur buat mcm ni, so takda la yang tetiba selit dari tepi. gambar ehsan FB John Goh


lengkap dgn signboard setiap 2 - 3km ...

Masyall merangkap bantuan kecemasan jamboree di pintu masuk pertama laluan offroad selepas flagoff. gambar ehsan FB John Goh
rider menunggu giliran memasuki laluan offroad yg pertama. gambar ehsan FB John Goh








Bukit pengsan yg dimaksudkan selama ni memang terbukti.. bukan nak kayuh tak boleh nak goo, menolak pun tersangkut2.. puncaknya adalah checkpoint 3 ... cekap pihak penganjur letak checkpoit tang tu.

2-3 anak parit jugak la kena redah dalam jamboree ni.. semuanya dalam  paras betis. ( blogger tolak tu yg tahu tu.) 

basikal tinggi lagi dari si Rider... untuk makluman " rider ni byk join jamboree sekitar kuala muda... 
caya la dik... kasi panas kasi panas...

tolak lagi !!


Kubang Pasu CP3 MTB Jamboree


Tarikh    : 19 Mei 2012  7:30 pagi
Tempat  : Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Yuran    : RM20  
                Nota: Ini adalah kayuhan funride dan bukan race.

Anjuran : Ahli Parlimen Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Belia Kubang Pasu.




Event kali ni antara paling ramai dan hampir seluruh geng gerek ILPj turun trek... myb tempat sendiri la kot. 



Antara trek yang dilalui

Rumusan yg dpt diberi
tahniah pada semua geng kerana menghabis kesemua laluan yang dipertaruhkan... paling membanggakan ..  Pak ku n Deris antara 30 peserta terawal yg menghabiskan kayuhan ini dimana pak ku ke15 dan deris ke22.. Gue jatuh tersungkur kat area DH trek gambar atas ni ( area2 tu gak lerr ) .. 


Jenamanjung Fellowship Ride 2012



Tarikh : 29 April 2012
Tempat : Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah TNB Jenamanjung





Tahniah kepada pak ku kerana berada dlm ranking belas-belasan dari 500 peserta.

Pak ku Gerek Ilpjitra bersama Team dari Penang


Kayuh Lasak KEM Bendang Man Sik

Tarikh : 3/5 - 5/5 2012
Tempat : Bendang Man Sik Kedah
Kategori : Cross Country
Rider : Blogger, pirdaus. deris n Abg Lie

Trip Kayuhan kali ini adalah berkonsepkan " sambil menyelam,sambil minum air" ..  kebetulan kebanyakkan ahli gerek ilpj dilantik menjadi Urusetia Kem Kepimpinan MPP & PRS ILP Jitra di Bendang Man Resort, so kami mengambil kesempatan habis-habisan mengayuh bila time free.. yakni slot aktiviti yang diberi selesai, kami berempat meredah bukit-bukit di sekitar KEDA Bendang Man ni.

Day 1


Try bukit depan resort bendang Man .. mcm CP3 Jamboree Kubang Pasu



Day 2




Trek hari ni, kami berkayuh bersama tapi tak serupa dengan peserta dan urusetia Kem dalam aktiviti Jungle Treking yang diketuai oleh Ranger Bendang Man Resort.  Dimana Kami team Gerek ILPJ blogger ,deris n abg lie bertindak sbg Urusetia Keselamatan dan Bantuan Kecemasan dan pirdaus sbg jurugambar aktiviti. Kira mcm Masyal la.. hehehe

1. Bermula halangan pertama downhill 
2. opss mtb abg lie tertinggal belakang ( jatuh ) .
3.  pintu masuk ke hutan lata lembu disambut oleh halangan kayu balak. 

1. bermula adegan mengangkat basikal
2. halangan kawat duri
3. menyeberangi jambatan zaman jepun ( buluh je beb ) parit ni dalamnya kira-kira 2.5 meter


1. laluan menolak basikal
2. merangkak bersama basikal
3. hiking 
fuhhh mcm marathon .. semua ada tinggal berenang je tak da.

1. baru boleh kayuh
2. keluar di lata mengkuang

Agak-agak kalau buat jamboree trek mcm ni.. ada ke penyertaan

Day 3
Blogger bersama Urusetia Kem  di kawasan flyingfox

1

2