Followers

400km Cycling in Thailand

6 day 5 nite
6 Rider from Kedah, Johor and Kelantan
include
2 rider ILP Jitra Gerek Club
Cross the Border

Abg Lie (kiri) dan Ir Halim (kanan)


Secebis cerita
Kayuhan bermula dari Bukit Kayu Hitam seawal 7 pagi 3hb Jun 2013 ke Hatyai dan terus ke Songkhla sejauh 95 km. Pada hari kedua kayuhan 90 km ke utara untuk ke Ranot. Dalam perjalanan ini, kayuhan adalah sepanjang pinggir Tasik Tonle Sap. Hari ketiga pula, diteruskan ke pekan kecil nelayan Phak Phanang sejauh 77 km. Kayuhan hari ke empat ke Khao Luang 64 km melalui laluan hutan berbukit. Keesokannya keperitan kayuhan berbukit yang lebih mencabar ke Thung Song sejauh 55 km. Pada hari terakhir, kami menaiki keretapi dari Thung Song ke Hatyai dan kayuhan diteruskan ke Jitra sejauh 94 km. Kami sampai ke destinasi terakhir ILP Jitra pada pukul 7.30 malam. Jumlah jarak kayuhan ialah 475 km.

Secubis foto kenangan dan pengalaman

Ride ke Tanjung Dawai Charity di Padang Terap

Kayuhan ke Tanjung Dawai  dan kerja amal di Komplek Anak Yatim dan Miskin Perik Padang Terap. Acara dan tempat yang berlainan tetapi Kelab yang sama.

KAYUHAN MESRA HPP 2013 POLIS KONTINJEN KEDAH


            Tanggal 18 Mei 2013 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium, Alor Setar,Kedah, telah berlangsungnya Kayuhan Mesra HPP 2013 Polis Kontinjen Kedah. Ia dihadiri  YDH SAC Dato'Abdul Ghafar Bin Rajab (Timbalan Ketua Polis Kedah), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua - Ketua Polis Daerah, Pegawai - Pegawai Kanan/APR/Konst/KTA dan juga penyertaan dari penduduk setempat dan daerah yang berhampiran.

          Gerek ILP Jitra hanya diwakili oleh Ir Halim sahaja. beliau tidak keseorangan ke sana dari Jitra kerana rakan-rakan dari Taman Maheran, Taman Melor , Majlis Perbandaran Kubang Pasu dan IKBN Naka turut menyertai bagi memeriahkan suasana.

Camaraderie de Cycling 2013
“Kayuhan Sahabat ILJTM”



                      Kira-kira 60 penunggang basikal yang datang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta zon utara serta komuniti setempat telah mengambil bahagian dalam  Institut Latihan Perindustrian (ILP)  Jitra Camaraderie de Cycling (CdC) 2013 pada 27 April 2013 lalu, ini merupakan acara julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal ILP Jitra dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan ILP Jitra menjadikan ia  acara “Fun Ride” pertama di  Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia  (ILJTM) Wilayah Utara. Bilangan peserta dalam CdC ini pada awalnya hanya menyasarkan kira-kira 40 orang peserta sahaja telah meningkat kepada 60 orang menjadikan ia sesuatu yang amat membanggakan kerana berjaya menghimpun penunggang basikal bukit dari hampir kesemua IL JTM dan  Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)  Wilayah Utara.

AMBC Mini Jamboree MTB - Adrenaline Rush

Mini Jamboree MTB - Adrenaline Rush 
Military Community Volunteering Day's


Tarikh : 6 April 2013
Masa : 7.30am
Flag off - Padang Kem Lapangan Terbang , Sungai Petani Kedah
Antara ratusan rider mini Jamboree yang sertai - "Gerek ILPj" Hafifi,Idris,Firdaus dan Abg Lie

Kubang Pasu Hilang 1 Trek


Rutin Mingguan, jumaat pagi  geng gerek ilp akan layan Offroad trek di sekitar jitra ni. minggu lepas dan yang lepas-lepas, trek kelubi menjadi pilihan dan terus menerus menjadi pilihan, yup!! layan downhill nya tu. rider sekitar kubang pasu memang tau cabaran nya tu.. tak kuat semangat boleh patah balik . aku ni pun bukan nya kuat mana pun nak uphill..

kayuhan solo di Mersing Johor

              Trip touring kali ni kita akan berkongsi dgn Abg Lie, kayuhan di Mersing Johor. beliau berkesempatan mengelilingi daerah Mersing tika pelatih ilp menjalankan aktiviti pembelajaran disana.
dihadapan ILP Mersing bersama Hybrid MTB


Alor Setar Saturday Nite Ride 2013'

    













Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dengan kerjasama Tourism Malaysia Kedah dan Menara Alor Setar telah menganjurkan program kayuhan basikal 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2013' yang diadakan pada 15 Feb sempena ulang tahun kesembilan MBAS.

trek baru ke CP3 Jamboree Kubg Pasu

Sori kengkawan , ni cerita tahun lepas.. memori kad ada masalah sikit time tu.. so nak update terkantoi la..


28/12/2012 7.15pagi.. kayuh x da tujuan mula tu, aku , firdaus n abg lie start dgn laluan di tmn tungku sarina "trek Girl Jamboree" than masuk paip gas kg keda sambung trek girl jamboree.. so on d way nak masuk ke level 1 tu terdengar org panggil...

Trek Pauh Perlis



pemandangan Politeknik Pauh dari puncak pendakian yang pertama. kesemua yang menyertai adalah seramai 11 org.. ( 3 gerek ilpjitra , 2 redflag jitra dan 6 Unimap )


ala touring 2 - Kuala Perlis

kayuhan kali ini bersifat "Kayuhan Ujian Masa" ... hehehe ... agenda nak jelajah Pulau Langkawi.. dimana kayuhan ini mengukur masa dari ILP Jitra ke Jeti Kuala Perlis.

trip ke langkawi  ini tidak akan menggunakan bantuan penghantaran basikal. tapi menggunakan kudrat sepenuhnya mengayuh basikal dari rumah


kayuhan ini telah disertai oleh 3 org rider iaitu Ir Halim , Abg Lie and Abg Sarid.. masa yg dicatatkan ialah 2.30jam untuk sampai ke Jeti Kuala Perlis .. maknanya tiket bot jam 11pagi , 8.00pagi kena kuar rumah dah .. sampai awal x pa,boleh relax pekena kopi 0.

anyway jarak keseluruhan kayuhan ni 112km dgn masa 6 jam .. gambar ! belum sampai lagi .. c ya


ala touring 1 - Padang Besar



Padang Besar - 5 Jan 2013

kayuhan jarak jauh atau pun ala-ala touring kali ini adalah pembuka tirai tahun baru serta pembuka semangat untuk pergi lagi jauh ini adalah yang terjauh yang pernah direkodkan sejak penubuhan kelab. kayuhan ni melibatkan 2 org rider abg lie yg menggunakan hdbrid mtb dan Ir halim menggunakan basikal jenis roadbike. kayuhan ini bermula di ILP jitra dan antara laluan genting yg dilalui ialah merentasi ladang tebu dimana kawasan paling panas di malaysia iaitu kira2 41C sebelum tiba di padang besar.

Perjalanan ini mengambil masa kira-kira 3 jam utk sampai disana seterusnya balik melalui jalan Mata Air.


Seawal 7 pagi rider ini sudah bertolak dengan melalu jalan Guar Napai- Kg Ulu Pauh - Kg Felda Chuping seterusnya Padang Besar dan balik semula ke ILP dgn melalui jalan lain yg lebih rendah suhu nya. melalui Mata Air - Empangan Timah Tasoh - Kg Darat - Pauh seterusnya masuk ke Jln Kodiang - ILP Jitra ..Jumlah Masa Keseluruhan yg diambil adalah 9jam dengan jarak 135KM.. detail boleh layan di http://www.everytrail.com/view_trip.php?trip_id=1969207


Ir Halim 

Abg Lie
  

1

2