Followers

Kubang Pasu Hilang 1 Trek


Rutin Mingguan, jumaat pagi  geng gerek ilp akan layan Offroad trek di sekitar jitra ni. minggu lepas dan yang lepas-lepas, trek kelubi menjadi pilihan dan terus menerus menjadi pilihan, yup!! layan downhill nya tu. rider sekitar kubang pasu memang tau cabaran nya tu.. tak kuat semangat boleh patah balik . aku ni pun bukan nya kuat mana pun nak uphill..
tp memikirkan nak layan downhill punya pasal. naik jugak la yang kekadang, kebanyakkan nya tolak ja,, hehe
     Minggu ni, pirdaus mencadang kan kami layan trek level 1 dan sambung trek Bkt Wang (jalan belakang yang melalui Hutan Simpan. pagi ni, aku kurang bertenaga.. yo la seminggu sekali ja senaman atau bersukan, dapat la habuan bila daki bukit level 1, deris, pirdaus hari-hari main badminton , abg sarid rajin kayuh ke KMC "alasan tak leh naik berkandar".. kena tinggal jauh gila.. tak pa, sampai gak ..
      pagi ni pagi yang kurang bernasib baik pada deris, tiub MTB nya pecah depan dan belakang ... huuu langgar apa !! or tiub tu tak tahan deris kayuh laju sangat ( tekanan la tu ) di laluan antara kilang Gano ke trek Level 2.. tiub aku n abg sarid menjadi penyelamat keadaan. Pelajaran Baru juga dapat dipelajari pagi ni, dimana setting Brek dan disk bila nak masuk rim kembali.. Deris tunjuk cara Abg Ai ( Jitra Cycle team ), teknik mudah dan berkesan.
       Jalan Belakang bukit wang.. agak-agak dah setahun tak datang , last ride dgn Ir halim, abg lie n firdaus awal tahun lepas. saja la nak tgk jadi mcm mana pulak tahun ni, tahun lepas byk balak tumbang lintang jalan, jenuh gak la nak lalu tu. berbalik pada hari ni ... pendakian memang smooth criminal. dan x sabar nak layan downhill nya plak ... keseronokkan apabila menuruni bukit dan apabila membelok sedikit.. kami semua terkendon" terbantut"  kerana .... gambar dibawah.. hahahjahaha
pagar dirantai dan ditepi tembok batu dipasang kawad tajam di pintu masuk hutan simpan bukit wang.

so ini peringatan "papan tanda biru n merah" pada rakyat malaysia. dengan kayuhan lemahkami terpaksa patah balik dan mendaki semula dan downhil "jalan tar"



No comments:

Post a Comment

1

2