Followers

Jerai Fun Ride 2


Jam ditangan menunjukkan 6.45am... kelihatan Myv putih dgn gerek terpacak kat bumbung sedang memasuki kawasan kuarters.. hehe Deris la tu nak ambil gerek abg lie pulak, gerek aku semalam dah sangkut kat belakang kereta.. Cabaran kami hari ni, daki gunung jerai buat kali ke-2 bagi mengejar masa terpantas yg boleh dicatatkan.. masa pada kali pertama naik iaitu 3 jam.. masa diambil pada rider paling akhir tiba di Hotel Regency.

kira-kira jam 9 pagi kami tiba di kaki gunung. perjalanan yg tak la jauh sgt tapi sebab kereta aku kena bawa 3 gerek menggunakan rack sangkut kat belakang buatan BnB Rack so terpaksa la kelajuan dalam 80-90km/j saja. team kami pagi ni yg bergerak dari Jitra hanya 5 org saja, manakala Pak ku datang dari kg nya Balik Pulau. kelihatan  Rider-rider yg nak daki  jumlahnya ramai jugak la.  Sarapan Pagi ni Bihun Goreng ditaja oleh Abg Sarid. kira-kira 9.30 am kami mula mendaki, cuaca ketika tu agak mendung, tp sebab datang jauh punya pasal team kami redah gak.
Hujan turun ditengah-tengah gunung ( agak-agak jer ) tapi tak lama, reda balik, kira kejap hujan, kejap berhenti. Yang pasti kami pagi ni kurang berhenti berbanding kali pertama naik. Rider Pertama sampai di Hotel Regency.. jeng2 Pak ku dgn Roadbike Giant nya dgn masa yg dicatatkan 1 jam 28minit diikuti dgn Deris N Abg Sarid, Abg Lie ,  Firdaus 2j 15minit dan aku last sekali dgn masa lebih 5 minit dari firdaus ..

                                             pekena Teh Tarik Hotel Regency dulu sebelum turun

kabus teruk kat belakang tu, tidak kalu boleh nampak langkawi.

Makanan Tengah Hari ditaja oleh Pak ku , nasi putih, ayam goreng masak kicap , ikan bilis goreng ,  telur dadar . terima kasih bebanyak

BYK LAGI GAMABR AKAN DI UPLOAD

No comments:

Post a Comment

1

2