Followers

Kubang Pasu CP3 MTB Jamboree


Tarikh    : 19 Mei 2012  7:30 pagi
Tempat  : Tasik Darulaman, Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
Yuran    : RM20  
                Nota: Ini adalah kayuhan funride dan bukan race.

Anjuran : Ahli Parlimen Kubang Pasu, Majlis Belia Daerah Kubang Pasu dan Pejabat Belia Kubang Pasu.




Event kali ni antara paling ramai dan hampir seluruh geng gerek ILPj turun trek... myb tempat sendiri la kot. 



Antara trek yang dilalui

Rumusan yg dpt diberi
tahniah pada semua geng kerana menghabis kesemua laluan yang dipertaruhkan... paling membanggakan ..  Pak ku n Deris antara 30 peserta terawal yg menghabiskan kayuhan ini dimana pak ku ke15 dan deris ke22.. Gue jatuh tersungkur kat area DH trek gambar atas ni ( area2 tu gak lerr ) .. 


Jenamanjung Fellowship Ride 2012



Tarikh : 29 April 2012
Tempat : Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah TNB Jenamanjung





Tahniah kepada pak ku kerana berada dlm ranking belas-belasan dari 500 peserta.

Pak ku Gerek Ilpjitra bersama Team dari Penang


Kayuh Lasak KEM Bendang Man Sik

Tarikh : 3/5 - 5/5 2012
Tempat : Bendang Man Sik Kedah
Kategori : Cross Country
Rider : Blogger, pirdaus. deris n Abg Lie

Trip Kayuhan kali ini adalah berkonsepkan " sambil menyelam,sambil minum air" ..  kebetulan kebanyakkan ahli gerek ilpj dilantik menjadi Urusetia Kem Kepimpinan MPP & PRS ILP Jitra di Bendang Man Resort, so kami mengambil kesempatan habis-habisan mengayuh bila time free.. yakni slot aktiviti yang diberi selesai, kami berempat meredah bukit-bukit di sekitar KEDA Bendang Man ni.

Day 1


Try bukit depan resort bendang Man .. mcm CP3 Jamboree Kubang Pasu



Day 2




Trek hari ni, kami berkayuh bersama tapi tak serupa dengan peserta dan urusetia Kem dalam aktiviti Jungle Treking yang diketuai oleh Ranger Bendang Man Resort.  Dimana Kami team Gerek ILPJ blogger ,deris n abg lie bertindak sbg Urusetia Keselamatan dan Bantuan Kecemasan dan pirdaus sbg jurugambar aktiviti. Kira mcm Masyal la.. hehehe

1. Bermula halangan pertama downhill 
2. opss mtb abg lie tertinggal belakang ( jatuh ) .
3.  pintu masuk ke hutan lata lembu disambut oleh halangan kayu balak. 

1. bermula adegan mengangkat basikal
2. halangan kawat duri
3. menyeberangi jambatan zaman jepun ( buluh je beb ) parit ni dalamnya kira-kira 2.5 meter


1. laluan menolak basikal
2. merangkak bersama basikal
3. hiking 
fuhhh mcm marathon .. semua ada tinggal berenang je tak da.

1. baru boleh kayuh
2. keluar di lata mengkuang

Agak-agak kalau buat jamboree trek mcm ni.. ada ke penyertaan

Day 3
Blogger bersama Urusetia Kem  di kawasan flyingfox

KAYUHAN KOMUNITI ILP KEPALA BATAS









program kayuhan kali ni agak kureng banget penyertaan dari rider kawasan setempat, dari sumber yang diterima, kayuhan ini dikhabarkan kepada rider2 agak lambat yakni 1minggu sebelum event kerana masalah teknikal.. ditambah juga 1 hari sebelum hari kayuhan ni, kayuhan MPSPK juga berlansung.. ini sedikit sebanyak mengganggu proses penyertaan peserta..
       tak kisah lah tu.. paling penting tiada yuran penyertaan dan YAng best nya ni  kami dapat T-shirt percuma.. tima kasih daun mengkuang.. Kelab Berbasikal ILP Jitra me-wakil-kan 3 peserta yakni deris,pidaus n gue atas Jemputan dari Pihak ILP Kepala Batas .. Pak ku ada roadbike rACE di Manjung Perak dan 3 rider lagi ada tugas yang gagal untuk dielakkan ... seawal 4.30 pagi kami bertolak dari Jitra ke Sek Keb Pinang Tunggal dengan Van ILP "Tima Kasih bebanyak Pihak Institut : " maju sukan untuk negara '

  berkumpul dgn sebilangan peserta dihadapan ILP Kepala Batas untuk berkonvoi bersama ke sek keb pinang tunggal .. kebanyakkan peserta konvoi ini didatangi khas sebagai Masyall kayuhan.


Gambar bukti ni...

Flagoff & checkmate ( tunggu rider yang tertinggal )

Hasil kayuhan.. dapat  habuk dan debu .. yessss





Kembara Berbasikal Polis Kedah Bersama Masyarakat



Tempat : Stadium Darul Aman
Tarikh : 14 Apr 2012
Masa : 8am 
Jarak : 28km ( pergi dan balik )
Trek : Stadium Darul Aman to Kuala Kedah to Stadium Darul Aman

Gerek ilp jitra menghantarkan diri 4 org, blogger, deris, zul n abg sarip. 


Depan sekolah Jenan , tempat kami berkumpul dan berkonvoi ke stadium darul aman, kami bertolak kira-kira 7 pagi. suasana masih suram ketika kami sampai,tidak banyak peserta yang ada ketika itu. yang ramai anggota-anggota polis yang bertugas.

Gambar 1 - Makan pagi disediakan penganjur. *** "penganjur ada sedia bangku utk sarapan, saja la buat 
                 happening sikit, bersila kat jalan"
Gambar 2 - Berkumpul dihadapan pentas untuk senamrobik
Gamabr 3 - 4 lagu untuk senamrobik, gelek habis




Gambar 4 - Checkpoint 1, minum n makan.. hahaha *** checkpoint2 ni rupa nya untuk Ketua polis kedah 
                 beramah mesra serta sumbangan cenderhati kepada penduduk setempat kawasan tersebut.
Gambar 5 - Menu checkpoint 1 ... hahaha meriah - meriah .. kalau ada yang kata kebulur, aku x tau nak ckp apa 
                 la. nasi lemak, apom n karipap + teh 0 panas. 
Gambar 6 - ambil tempat kat kawasan lapang padang,
Gamabr 7 - Selepas, KP selesai memberi sumbangan, kami pun bergerak bersama2 menuju ke checkpoint 2 
                 untuk tujuan yang sama, yang beza x da makan dah coz jarak 3 KM ja ke penamat.

YANG BEST NYA CHECKPOINT 1 NI
peserta yang sampai disambut dgn paluan KOmpang.  





gambar 8 -  tempat penamat, disambut sekali lagi oleh paluan kompang
Gamabr 9 - kawasan program PDRM kat kuala kedah, MC pentas utama " Abg Maiden" dan tempat pameran PDRM. "Leman Raja Lawak 5" handle kat sana.. pecah perut depan belakang... meriah giler









Karnival Berbasikal Kedah



Tempat : Taman Tasik Bandar Darul Aman
Tarikh : 17 Mac 2012
Masa : 8am ... tp MTB Flagoff 9.45am
Jarak : 30km +++ 
Trek : bkt wang tepus ( bukit lenguh) , kg binjai




kali ni, event kureng sikit menyengat nya tu coz unregister dan ramai x leh join,  penyertaan x rasmi dari geng ni 3 org jer, gue, abg zul( tarik diri di saat akhir) dan pak ku.. otai kami deris blk kg, abg sarip ada kenduri, manakala azran jadi PBSM  terjun, Ir halim n abg lie ada keja rasmi kat karnival ni.


PALING PANAS NI

Geng ILP Kangar tak hantar rider ni

                                                       sebelum fixie flagoff
               
                                           roadbike flagoff
mtb flagoff.... geng payalantau ( baju merah ) & gerek ilpjitra ( helmet kuning putih )


Gambar ehsan dari Ir Halim, tq bebanyak

kayuh "welcome in to the club"

Trek "bukit lenguh" adalah trek sunat yang harus diredah bagi yang baru kayuh atau mula kayuh area jitra ni, kerana rider jitra kebanyakkan akan bertanya " dah naik ke bukit lenguh?" ... kira ganas sikit la kalau dah naik tu walau kekadang tu terpaksa 2T " turun tolak" hahaha



pakat pegang botol air bila sampai atas ni

so apa pun , caya la pada abg lie n Ir halim, akhirnya berjaya menawan bukit lenguh walaupun terpaksa menolak dihujung2 puncak ...

so lepas ni layan offroad trek laluan paip gas gano - kota mengkuang!! lak

pada kengkawan lain yang belum naik lagi.. tak kan nak tunggu bukit lenguh ni rata kotttttttttt, baru nak lalu .... hahahaha kite bako kite bako

1

2